Sering kali kita melihat pada hari Isnin hingga Jumaat jam 8.00 pagi, staf dan pelajar bergegas untuk ke pejabat dan ke kelas. Tapi dalam kesibukan masing-masing mengejar masa, kemalangan antara kenderaan dan manusia boleh berlaku jika tidak dicegah. Sebagai contoh, di kawasan parking teksi di Fakulti Alam Bina, pejalan kaki akan melintas ke bangunan seberang jalan untuk ke kelas atau pejabat dan begitu juga sebaliknya. Walaupun ada zebra crossing tidak jauh dari tempat mereka hendak melintas tetapi mereka masih melintas tanpa menghiraukan keselamatan diri masing-masing. Keadaan ini juga boleh dilihat pada jalan raya di UTM yang ada zebra crossing tetapi tidak digunakan sepenuhnya oleh pelintas. Justeru itu, saya mencadangkan agar dipasang signboard DILARANG MELINTAS pada jalan raya dalam UTM yang tiada zebra crossing dan DENDA dikenakan sekiranya tidak mematuhi peraturan. Ini sebagai salah satu langkah keselamatan bagi semua warga UTM khususnya.
List of Ideas by Months
Latest Submitted Ideas
- PENDIGITALAN SIJIL ANUGERAH DEKAN PELAJAR
- 3 suggestions for CQI in UTM
- Senarai kedatangan pelajar dalam Sistem Class Attendance
- PENETAPAN KLINIK PANEL YANG FLEKSIBEL
- Apply stker kenderaan menggunakan data yang ada.
- Daily reminder for the UTM students
- Penubuhan Yayasan Kecemerlangan UTM
- Arked system/apps
- RV park
- GPS track fleet apps
- RV park
- Centralised ATM at center point