Saya mencadangkan supaya quarters kakitangan UTM dicat semula untuk menambahkan seri persekitaran perumahan tersebut yang telah berumur lebih 20 tahun. Sebagaimana kita melestarikan serta mengindahkan persekitaran UTM, samalah juga kita mengindahkan rumah yang didiami kakitangan UTM sendiri, walaupun yang bukan bertaraf pegawai. Pasti perubahan itu akan menambahkan lagi seri kediaman tersebut yang masih di bawah naungan UTM.