Sejajar dengan taraf UTM sebagai universiti penyelidikan berautonomi penuh, adalah wajar bagi UTM memberi peluang kepada semua staf UTM termasuk kumpulan pelaksana untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah/master/PhD di UTM melalui skim cuti belajar bergaji penuh seperti yang telah dilaksanakan kepada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pentadbiran.
Peluang pengajian ini perlulah lebih terbuka seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi) diluluskan cuti belajar bergaji penuh di UTM untuk mengikuti Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana / PhD.
UTM mempunyai ramai Pembantu Tadbir berijazah dan peluang yang akan dilaksanakan kelak bakal membuka mata semua pihak bahawa UTM amat menghargai mereka yang berpendidikan tinggi dalam organisasi.