Saya mencadangkan agar dikhaskan tempat ATM berkelompok, iaitu ada beberapa mesin ATM dari pelbagai bank dan UTM boleh mendapat duit sewaan, duit tersebut boleh dimasukkan ke dalam tabung endowment Universiti. Lokasi yang terbaik adalah di ruang legar pintu masuk PSZ. Pihak universiti akan dapat menjana kewangan lebih panjang serta mendapat pulangan terbaik, di samping memberi kemudahan kepada pelajar dan staf untuk pengeluaran wang, tidak perlu berjalan jauh kerana lokasi di PSZ adalah tumpuan.

UTM Open Day