Assalamualaikum.

Saya mencadangkan agar UTM menganjurkan pertandingan GO KART di peringkat universiti di mana universiti lain sama ada dalam negara atau luar negara turut serta. Saya percaya prasarana yang ada di dalam UTM mampu memenuhi keperluan penganjuran tersebut. Secara automatik, kerjasama antara staf dan pelajar diperlukan bagi menjayakan penganjuran tersebut kerana UTM mempunyai pengalaman untuk menguruskan apa-apa penganjuran yang berprestij.

Saya percaya dari impak yang positif dapat diperolehi atas cadangan tersebut, ia tertumpu kepada penjenamaan UTM yang lebih komersial di mana UTM juga adalah salah satu pusat penyelidikan teknologi, sains dan sukan. Pada masa yang sama, liputan media adalah satu platform yang dapat memperkuatkan lagi penjenaman UTM di peringkat antarabangsa. Hasil daripada penyertaan tersebut, ia dapat memperbanyakkan lagi projek penyelidikan usaha sama antara universiti. Semoga UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA akan lebih berjaya dengan FALSAFAH, VISI, MISI dan MOTO agar menjadi lebih unggul.