Assalamu’alaykum wrt wbh,
Salam sejahtera,

Saya mencadangkan UTM mempamerkan/menempatkan hasil-hasil penelitian atau inovasi unggul terpilih yang dikembangkan para penyelidik dan mahasiswa UTM dan telah memenangi anugerah di peringkat antarabangsa di lobby Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM ataupun di tapak luar bangunan berkenaan sehingga lebih menampakkan lagi UTM sebagai kampus teknologi dan inovasi bagi para tetamu yang datang berkunjung. Ianya juga dapat meningkatkan motivasi penyelidik dan mahasiswa lainnya untuk lebih berprestasi.

Saya juga mencadangkan UTM membina bangunan/facility yang lebih menampakkan lagi ciri-ciri kampus teknologi yang unggul di peringkat kebangsaan dan global, seperti membina prototaip wind power plant, prototaip mesin-mesin, dan sebagainya yang ditempatkan di persekitaran kampus UTM seperti di taman tasik rekreasi UTM ataupun tempat-tempat lain yang kerap dikunjungi warga UTM dan masyarakat luar. Objek-objek teknologi yang dibina tersebut memiliki konsep-konsep teknologi dasar dan praktikal sehingga dapat memperkaya pemahaman dan kesedaran kepada warga UTM mahupun masyarakat yang berkunjung ke tempat berkenaan.

Bangunan/objek teknologi apa yang sesuai untuk dibina, secara teknikal dapat diserahkan kepada fakulti-fakulti di UTM.

Sebagai langkah awal, saya bersama pelajar di bawah seliaan saya telah melaksanakan feasibility study pembuatan prototaip microhydro power plant di dalam kampus UTM yang dapat dipakai sebagai site-laboratory mahupun untuk tujuan pendidikan lainnya. Daripada hasil study berkenaan, didapati beberapa lokasi yang memiliki potensi untuk dibina prototaip microhydro power plant.

Jika mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak Pengurusan UTM, insya Allah kami akan melanjutkan hasil study ini dengan mereka bentuk dan melaksanakan kerja-kerja teknikal di lokasi-lokasi berkenaan.

Hasil feasibility study yang telah dilaksanakan tersebut, secara ringkas disertakan di dalam lampiran cadangan ini.

Terima kasih di atas kesempatan dan ruang yang diberikan.