Saya mencadangkan penggunaan air di UTM perlu dikawal. Langkah ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan UTM yang saban tahun semakin meningkat. Langkah pertama melalui kaedah mekanikal dengan melakukan sedikit pengubahsuaian kepada kunci paip air. Sebagai contoh, untuk mengambil air sembahyang, kunci paip hanya dapat diputar kurang daripada 90 darjah supaya mendapat cucuran air yang lebih perlahan manakala untuk membersihkan diri/mandi, kunci paip hanya dapat diputarkan kurang daripada 180 darjah supaya cucuran air sederhana perlahan. Kunci paip tertentu sahaja yang membolehkan aliran cucuran air yang deras.

Langkah pentadbiran ialah dengan melekatkan sticker di setiap paip mengikut fungsinya.