Dicadangkan agar laluan pejalan kaki dari kolej-kolej lingkungan dalam diperbaiki serta pokok-pokok ditanam di sepanjang laluan. Wakaf-wakaf untuk berehat boleh juga diwujudkan di beberapa tempat yang strategik. Laluan yang baik dan dilindungi oleh pokok-pokok yang teduh, mendorong warga UTM, khususnya mahasiswa berjalan dari satu tempat ke satu tempat dalam keadaan yang teduh. Ia juga boleh dijadikan laluan untuk ber’jogging’ bagi meningkatkan kesihatan semua dan meningkatkan lagi imej UTM sebagai kampus lestari.