Saya ingin mencadangkan semua staf UTM dimestikan untuk mengaktifkan blog staf masing-masing (markah bonus pada SKT). Untuk mengaktifkan, prosesnya mudah dan cepat. Di personal blog staf, kita boleh berkongsi idea, kerja harian, projek-projek secara online dan memasukkan statistik kerja. Semua staf boleh saling merujuk blog masing-masing terutamanya jika melibatkan prosedur yang tidak ramai tahu. Melalui blog staf, webometrik UTM juga akan meningkat. Pastikan juga kita letakkan link UTM dalam artikel blog sebagai promosi. Contoh blog staf saya adalah http://www.staff.blog.utm.my/mfuad/