Saya ingin mencadangkan agar diletakkan satu papan tanda (berbentuk stand) yang mengandungi tulisan “Sila matikan nada dering telefon anda sekarang”, “Please switch to mute mode for your phone now” atau yang seumpamanya, di semua pintu masuk bilik/ruang/dewan utama di UTM seperti Dewan Senat, DSI, Dewan Kuliah Utama dan sebagainya.

Ini bagi mengingatkan para staf /pelajar agar tidak mengganggu majlis/acara/sesi kuliah yang sedang berlangsung melalui deringan telefon masing-masing. Walaupun langkah ini adalah sedikit drastik, namun insyaAllah pelaksanaannya diharap lebih berkesan daripada cara sekarang, iaitu sama ada diingatkan oleh MC majlis/pensyarah atau semata-mata mengharapkan budaya menghormati majlis yang rata-rata masih rendah di kalangan warga UTM (berdasarkan kepada pengalaman bahawa setiap majlis tidak pernah sunyi dari deringan panggilan telefon atau SMS).

Zainul