Saya ingin mencadangkan agar pihak Universiti menyediakan satu peta kampus berbentuk hand-held (seperti tourist map) yang dilengkapi dengan road map dan label bangunan. Ini akan dapat memudahkan warga kampus (terutamanya yang berjalan kaki) untuk sampai ke destinasi dengan cepat dan tepat. Peta ini boleh diberikan kepada pelajar semasa urusan pendaftaran pada awal semester. Di luar waktu pendaftaran, mungkin boleh diperoleh dari pejabat Kolej masing-masing atau Pejabat ISC.
Telah beberapa kali saya cuba membantu pelajar UTM terutamanya pelajar luar negara untuk menuju ke dewan kuliah masing-masing, cuma agak sukar untuk dihalakan tanpa peta hand-held yang mereka boleh rujuk.
Selain itu, peta ini turut boleh diberikan kepada pelawat luar atau pelajar program pesisir yang kadang kala perlu datang ke kampus JB untuk berjumpa penyelia, ke PSZ atau menduduki peperiksaan.
Sekiranya difikirkan perlu, mungkin bayaran minima boleh dikenakan untuk setiap peta hand-held ini (cth: RM1-2/set peta). Mungkin juga, apabila ada perubahan atau penambahan major dari segi infrastruktur di UTM, versi terkini peta boleh dikeluarkan dan seterusnya secara tidak langsung dapat dijadikan sumber pendapatan untuk Universiti.
Sekian.
Zainul