Sebagai sebuah Universiti yang unggul di Malaysia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, UTM perlu menghasikan jurnal yang berindeks untuk rujukan. Nama yang dicadangkan ialah UTM Technology Review (UTR). Ianya mempunyai konsep yang sama seperti Harvard Business Review. Perbezaannya adalah UTR akan fokus kepada kejuruteraan dan teknologi. Mahasiswa pascaijazah yang kini berjumlah 10,175 digalakkan menyumbang hasil penyelidikan mereka ke jurnal tersebut. UTR juga boleh menjadi pusat pengumpulan penulisan berindeks tinggi yang dihasilkan oleh pensyarah. Daripada setiap fakulti menerbitkan jurnal masing-masing, eloklah jika ianya disatukan di UTR – “The whole is greater than the sum of its parts”. UTR akan mengharumkan nama UTM di persada dunia di samping menjana kewangan tambahan hasil penjualan jurnal tersebut.