Saya mencadangkan diadakan penambahbaikan tempat parkir motosikal yang berantai di kawasan akademik dan kolej-kolej agar lebih sistematik dan motosikal tidak diletak berselerakan seperti di bawah tangga atau koridor bangunan. Ini lebih memudahkan pihak keselamatan membuat pemantauan bagi menangani masalah kehilangan atau kecurian motosikal di samping memberi keselesaan kepada semua.