Sebagaimana semua sedia maklum, sticker staf ada 1 jenis tetapi untuk pelajar ada 2, dan pelajar terpaksa bayar lebih untuk mendapatkan kedua-duanya (tidak ada sticker pastinya kena saman).
Untuk itu, dicadangkan supaya 2 sticker pelajar digabungkan menjadi 1 (2 in 1) di mana dalam sticker Universiti itu dinyatakan sekali nama kolej kediaman pelajar berkenaan secara jelas. Sticker tersebut boleh dipertimbangkan untuk dijual di pejabat kolej kediaman dengan pemantauan Pejabat Keselamatan. Harga sticker perlu diselaraskan agar tidak membebankan pelajar.