Terdapat banyak pokok dalam kawasan UTM yang menghasilkan daun-daun kering yang gugur setiap hari. Daun-daun ini boleh menjadi sumber kewangan UTM dengan menjualnya sebagai bahan bakar kepada kilang-kilang yang sesuai seperti kilang batu bata. Jika ianya kurang sesuai dijual terus, maka bentuk fizikalnya perlu diubah agar lebih tinggi nilai kebolehpasarannya, iaitu dari helaian daun kering menjadi blok-blok termampat.