Saya sedia maklum dengan peraturan penyediaan tesis PhD UTM dalam bentuk jurnal dengan jumlah impact factor yang telah ditetapkan bagi pelajar yang ingin menamatkan pengajian PhD lebih awal.

Namun, saya ingin mencadangkan agar tesis PhD di UTM dijadikan bentuk kompilasi jurnal sepenuhnya seperti yang diamalkan di kebanyakan universiti-universiti di Eropah. Jadi tiada lagi tesis hardbound yang tebal dan besar seperti sekarang.

Thesis juga bersaiz buku dengan softbound dan dijilid. Oleh itu, ia lebih mudah dibawa ke mana-mana untuk tujuan rujukan dan temuduga dan lebih menarik kerana kesemua kandungannya adalah dalam bentuk jurnal. Oleh itu, ia lebih bermanfaat serta lebih mudah dijadikan rujukan.

Minima jurnal adalah 5 bagi PhD dan mungkin boleh ditetapkan dari segi kualiti (scopus), jumlah faktor impaknya dan semestinya jurnal yang diiktiraf mengikut bidang masing-masing.