Saya mencadangkan agar semua bilik air dipasangkan sensor bagi menghidup dan mematikan lampu. Apa yang diperhatikan, pembaziran banyak berlaku sekiranya lampu dipasang tetapi tiada penggunaan. Bukan setakat di bilik air sahaja, malah boleh juga dipasang di bilik atau ruang di mana-mana lokasi yang memerlukan lampu pada siang hari. Kecuaian tetap kecuaian, peringatan demi peringatan dibuat tetapi pembaziran masih berlaku. Apabila kecuaian dapat dielak menggunakan teknologi, pembaziran dapat diatasi. Kos bagi peringatan juga dapat dikurangkan.