FPPSM bertanggungjawab dalam urus selia pengajaran dan penyelidikan dalam bidang berkaitan pengurusan dan pembangunan sumber manusia. Staf FPPSM mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang seharusnya tidak berada dalam lingkungan teori dan kelas pembelajaran. Seharusnya, pihak UTM mengenalpasti kemahiran dan kepakaran staf FPPSM yang boleh dioptimakan dan digunapakai dalam pelbagai pengurusan strategik, sekaligus mengurangkan pergantungan dan konsultasi daripada pihak luar. Pelbagai mekanisme pengupayaan FPPSM boleh dilakukan seperti pembentukan pusat kecemerlangan (CoE) sepertimana pejabat kajian strategik BOS.