Pengalaman hidup saya sebagai pelajar selama lebih 6 tahun di USA mendapati sistem jadual waktu yang sistematik telah membuatkan pelajar mudah merancang jadual kuliah mereka pada satu-satu semester dan mereka boleh mengetahui jadual final exam di awal semester lagi.

Antaranya adalah disebabkan sistem jadual kuliah Monday, Wednesday & Friday (MWF) yang mempunyai teaching hours selama 50 minit manakala Tuesday and Thursday (TTh) yang mempunyai teaching hours 1 jam 15 minit. Di UTM, saya ingin cadangkan agar MTTh adalah 50 minit. WF adalah 1 jam 15 minit. Oleh itu, sesuatu kelas yang 3 kredit boleh menggunakan jadual MTTh atau WF.

Saya memilih kombinasi ini kerana keadaan di UTM yang mana petang Rabu ada ko-kurikulum pelajar serta mesyuarat peringkat Fakulti dan Universiti manakala petang Jumaat boleh kita manfaatkan dengan mesyuarat Jabatan, Penyelarasan, AJK dan lain-lain.

Antara manfaat lain adalah mungkin pertemuan bulanan Naib Canselor kita boleh lakukan sekali sekala pada petang Jumaat dengan lebih santai dan diakhiri dengan minum petang di Fakulti masing-masing. Setelah penat bekerja Isnin hingga Khamis, kita raikan kejayaan kita melaksanakan tugas sebagai pensyarah pada hari Jumaat yang berkat dan mendengar amanat-amanat kepimpinan UTM/Fakulti yang seterusnya boleh kita amati dan renungi pada cuti hujung minggu.

UTM Open Day