Saya ingin mencadang supaya Universiti menyedia dan mengedarkan borang kepada staf bukan akademik UTM memilih 3 tempat yang mereka minati sekiranya mereka diperlukan untuk berpindah. Ianya lebih kurang sama dengan maklumat keperluan kursus yang diisi ketika penuhi LPNT. Maklumat tempat pilihan ini bukan sahaja boleh membantu Universiti dalam membuat keputusan dalam proses pertukaran tempat bertugas staf, malah juga sekurang-kurangnya memberi peluang kepada staf memilih dan membantu Universiti. Tentu sekali keputusan muktamad akan dibuat oleh Universiti dan perlu juga dinyatakan semua adalah tertakluk kepada keputusan akhir Universiti dan staf tidak semestinya mendapat tempat yang mereka pilih. Staf dengan jawatan khusus seperti di PHB,Unit Sukan,PSZ dan sebagainya juga perlu dikecualikan.