Saya ingin mencadangkan skim potongan gaji bagi menampung keperluan Tabung Endowment UTM. Sebagai Staf UTM, apakah sumbangan kita selama ini kepada UTM dalam menaikkan imej Universiti? Saya rasa kita boleh menyumbang melalui potongan gaji. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Staf boleh menderma melalui potongan gaji setiap bulan mengikut kemampuan. Pihak bendahari boleh mengeluarkan surat pemotongan gaji kepada staf yang berminat. Minimum potongan antara sebanyak RM3 sehingga RM100 sebulan.