Saya ingin mencadangkan agar bangunan, lampu-lampu jalan dan makmal-makmal yang beroperasi 24 jam menggunakan tenaga yang dibekalkan dengan menggunakan kuasa solar. Ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kuasa elektrik dan sekaligus dapat mengurangkan kos untuk membayar bil elektrik yang kadar tarifnya semakin meningkat.