Saya mencadangkan supaya pihak Universiti mewujudkan satu portal repositori khusus untuk penerbitan tahun semasa penyelidik UTM bagi kategori penerbitan berikut:- indexed journals, non-indexed journal, scopus, conference papers, book chapters, articles etc.

Sebagai pegawai penyelidik yang menjalankan tugas pentadbiran research alliance, saya mendapati masih terdapat kelemahan dalam pengumpulan bukti bahan penerbitan khususnya untuk tujuan audit RU.

Saban tahun untuk mendapatkan data RU, sekretariat RA akan meminta senarai penerbitan berserta bukti daripada penyelidik. Pihak sekretariat RA sentiasa membantu bagi pencarian bukti penerbitan yang diindeks dalam Scopus dan Web of Science tetapi bagi conference papers, book chapters (selain Penerbit UTM) dan non indexed journal memang memerlukan input daripada penyelidik. Ini banyak melibatkan penggunaan man-hour dan merugikan masa berharga bagi semua penyelidik UTM.

Cadangan penyelesaian bagi bukti conference papers, penyelidik yang telah pergi ke conference perlu upload terlebih dahulu full paper ke dalam portal/repositori sebelum boleh mengemukakan tuntutan perjalanan kepada RMC. Setelah upload akan dikeluarkan nombor rujukan dan setelah itu barulah boleh dimajukan tuntutan perjalanan ke conference.

Bagi non indexed journal, penyelidik perlu upload terlebih dahulu bukti penerbitan sebelum kemukakan tuntutan insentif kepada RMC/RPC.

Mungkin pihak Pengurusan UTM dapat mencari teknik dan kaedah yang terbaik untuk ekstrak setiap data penerbitan penyelidik secara automatik daripada Scopus dan Web of Science (saya dimaklumkan oleh Dekan Energy, di UM telah wujud satu mekanisma, data penerbitan penyelidik akan diekstrak secara automatik dari Scopus dan Web of Science dan penyelidik akan mendapat insentif penerbitan tanpa perlu mengisi apa-apa borang permohonan atau tuntutan insentif).

Portal ini perlulah ada link kepada LPPT penyelidik, LNPT staf bukan akademik dan UTMFin. Senario sekarang ini, data dan bukti penerbitan telah wujud di dalam eLPPT tetapi hanya boleh diakses oleh pihak PSM fakulti dan tidak terdapat centralised portal repository yang menempatkan kesemua bahan bukti penerbitan ini. Pada masa sekarang, banyak pihak yang terlibat dalam pengumpulan bukti ini.
i. RMC – pengumpulan bukti hardcopy menerusi tuntutan insentif penerbitan
ii. TNCPI – pengumpulan bukti melalui laporan sukuan RA & CoE
iii. 11 RA – pengumpulan bukti melalui pengumuman/email/panggilan telefon kepada semua penyelidik

Portal ini akan dapat memudahkan proses pengumpulan bahan bukti penerbitan bagi audit RU serta menjimatkan masa penyelidik untuk memberikan laporan/senarai penerbitan/bahan bukti penerbitan. Masa yang dapat dijimatkan dapat disalurkan untuk menghasilkan penyelidikan yang lebih inovatif dan global.

Mohd Fadhzir Ahmad Kamaroddin
Pegawai Penyelidik
Energy Research Alliance