Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
Saya dapati pelajar city campus mempunyai masalah pergerakan yang cekap dan cepat untuk menghadiri kuliah di kampus dari Kolej Siswa Setapak. Sering kita dapati keluhan pelajar sampai lewat ke kampus. Oleh itu, saya cadangkan UTM bekerjasama dengan badan tertentu untuk membina satu laluan yang cekap dan pantas, iaitu membina sistem kereta kabel atau bus kabel (cable car or bus) dari kolej ke kampus Semarak (4 km). Cadangan ini nampak agar sukar untuk dilaksanakan tetapi untuk jangka panjang ianya sangat berfaedah kepada UTM dan negara.
Projek ini menelan kos yang besar, tetapi jika UTM ajukan cadangan ini kepada Kerajaan, kemungkinan besar mereka akan ambil perhatian kerana terdapat faedah jangka panjang yang besar jika ianya dapat dilaksanakan, antaranya:
1. Memberi kemudahan kepada pelajar untuk bergerak dengan pantas ke kampus tanpa bayaran tetapi pamerkan kad matrik.
2. Mengurangkan kos pengurusan bus yang digunakan sekarang untuk pengangkutan.
3. Melalui pengurangan pergerakan bus, boleh melaksanakan “sustainable development” dari segi diesel combustion.
4. Projek ini kita minta staff RA yang jalankan dengan kerjasama badan tertentu, dan ini merupakan hasil inovasi UTM. Proposal boleh dikemukakan kepada Kementerian.
5. UTM boleh menjana pendapatan melalui tiket bagi orang awam yang menggunakan servis ini semata-mata untuk bersiar atau menuju ke pusat bandar.
6. Selari dengan saranan global untuk memperkenal kereta elektrik untuk maksud “global warming”.
7. Dan juga selari dengan tag line UTM untuk memperkenalkan UTM ke persada dunia di samping innovative, entrepreneurial and global.
Sekian, mudahan candangan ini mendapat perhatian UTM dan Kementerian.