Mohon Universiti pertimbangkan idea menggunakan kad matrik pelajar sebagai alat untuk bayaran debit bagi kemudahan elektrik di bilik kediaman pelajar.
1. Pelajar akan hargai kad matrik dan sentiasa jaga keselamatannya.
2. Kurangkan pembaziran. Bayar dahulu, kemudian guna ikut jumlah debit. Kes sekarang, kipas dan air-cond terbiar dibuka dari awal semester hingga akhir semester.
3. Meraih sikap tanggungjawab terhadap setiap sen yang dibelanjakan.
4. Boleh kurangkan bil elektrik Universiti.
5. Kad matrik yang lebih efektif (pelbagai guna).
6. Sediakan mesin reload di semua Pejabat Pentadbiran Kolej.
7. Duit terkumpul diserahkan kepada Bendahari untuk pelaburan dan PHB untuk maintenance mesin reload serta alat pengesahan kad debit di semua bilik.
8. Boleh kurangkan kos maintenance air-cond di bilik-bilik pelajar antarabangsa.
9. Pelaburan untuk projek ini tinggi tapi bayangkan berjuta-juta ringgit dapat dikurangkan dan dilaburkan untuk tabung Endowment.
10. Pelajar akan bangkang tapi Universiti perlu main peranan MENDEWASAKAN mereka.