Banyak perkara terkini tidak sampai kepada staf dan mahasiswa. Ini kerana tiada platform standard yang digunakan oleh mereka.

Saya mencadangkan agar semua komputer di UTM diwajibkan set default home page yang sama. Contohnya www.utmonline.utm.my.

Dengan ini, apabila staf hendak buka Internet, page ini akan terkeluar dahulu dan mereka akan mendapat maklumat yang betul berkenaan sesuatu perkara.

Pihak CICT atau unit IT PTJ boleh setkan sebagai default dan tidak boleh ditukar sesuka hati.

Semua maklumat boleh diletakkan di sini. Contohnya pencapaian, news dan lain-lain. UTM sudah ada page ini cuma tidak digunakan sepenuhnya oleh staf sebab mereka tidak diwajibkan untuk lakukanya.