Saya cadangkan supaya adakan Sistem Aduan Hotline (5 nombor yang senang untuk ingat. Contoh 55155) untuk SMS/MMS ke Bahagian Keselamatan agar memudahkan pihak Keselamatan mengambil tindakan dengan kadar segera. Mengikut statistik dari Bahagian Keselamatan, kebanyakan staf/mahasiswa/i dan warga kampus lebih gemar untuk SMS dari menghubungi menggunakan telefon, dan sebahagian daripada mereka juga tidak tahu untuk salurkan maklumat atau aduan mereka. Jika Sistem Hotline ini dapat diadakan, harap dapat membantu secara tidak langsung mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dalam kampus UTM.
CONTOH SISTEM ADUAN HOTLINE (SMS: 55155):
MAKLUMAT: Terdapat 2 orang lelaki naik motosikal ex5 hitam JXX 1234 di blok K11, Kolej X. Mencurigakan. TQ
(SENANG+MUDAH+RINGKAS+PADAT = TINDAKAN DIAMBIL OLEH BKES)