Merujuk statistik daripada Bahagian Keselamatan, didapati sering berlaku kecurian ketika jemaah menunaikan sembahyang di Masjid Sultan Ismail (MSI).

Dengan ini, saya cadangkan supaya disediakan COIN LOCKER (locker simpan barang) di MSI bagi memudahkan staf, mahasiswa/i, pelawat dan juga orang awam yang ingin menunaikan solat dan juga dapat mengurangkan kadar kecurian di MSI.