Idea saya adalah pihak UTM harus mempertingkatkan keberkesanan penggunaan emel MSN @live.utm.my.

Maksudnya di sini adalah segala aktiviti dan maklumat seperti seminar, persidangan, bengkel, ekspo, pameran, PSZ’s library hands-on tutorial classes, health care & running program, derma darah, gotong-royong dan sebagainya harus disampaikan kepada setiap pelajar mahupun staf UTM melalui @live.utm.my. Perkara ini amat penting agar ia membolehkan pelajar/staf mengetahui sesuatu aktiviti dengan tarikh, masa, tempat yang tepat dan siapakah pihak penganjur serta tujuan aktiviti dianjurkan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa banner yang digantung di pintu masuk utama bagi tujuan mempromosi aktiviti adalah penting. Begitu juga dengan flyer dan brosur yang dihantar ke setiap Jabatan/Fakulti untuk objektif yang sama. Akan tetapi, kelemahan flyer dan brosur adalah kadang-kala pelajar tidak perasan ataupun tidak membaca papan notis, papan notis penuh dengan jadual waktu kuliah/jadual peperiksaan dan lain-lain lagi. Kadang-kala, didapati bahawa flyer yang baru ditampal mendekati (1-2 hari sebelum) tarikh tutup ataupun telah tamatnya. Bagi pelajar PJJ, majoriti tidak ada peluang melihat papan notis disebabkan berada di tempat lain. Maka dengan penggunaan @live.utm.my, pelajar PJJ dapat memperoleh maklumat terkini.

Penggunaan kemudahan @live.utm.my membolehkan penjimatan kos bahkan maklumat yang disampai kepada pengguna dalam masa singkat lagi tepat, lebih secure dan lebih mudah dan ringkas. Di samping itu, kaedah ini juga lebih mesra alam disebabkan tidak menggunakan hardcopy (flyer, brosur, banner) untuk tujuan mempromosi sesuatu aktiviti. Ini juga sehala dengan slogan UTM “go green to environment”.

Sehingga hari ini, beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia telah mengaplikasikan penggunaan kemudahan Gmail/MSN untuk tujuan penghantaran maklumat kepada pelajar dan staf. Sebagai Universiti Penyelidikan, saya percaya bahawa UTM akan mengimplementasikan kemudahan ini dalam masa terdekat supaya ia boleh memanfaatkan pelajar dan staf.

Sekian, terima kasih.

 

Jacky Lai
Pelajar UTM
012-6706546

UTM Open Day