Idea saya adalah membuat satu database yang boleh dirujuk dan diakses untuk semua bahan persidangan (conference). Database ini boleh dibuat oleh RMC atau library dengan mengumpulkan semua CD (kerana ianya hak UTM) daripada semua staf UTM yang telah menghadiri conference sama ada di dalam atau luar negara.
Ini bagi membolehkan staf UTM mengakses dan mendapatkan laporan terkini perkembangan penyelidikan serta mengetahui bidang yang mereka ingin joint-venture dengan pensyarah atau penyelidik lain. Jadi hasil perbelanjaan besar UTM menghantar staf ke luar negara menghadiri persidangan tersebut dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Format database hanyalah:
Tajuk persidangan
Pensyarah yang terlibat (supaya mudah dihubungi)
Access CD (sama ada online atau hard copy (jika terdapat isu copyright- diprintkan oleh library)
Subject/Area atau Research Alliance
Semoga dimanfaatkan. Wassalam.
Dr Fauzi CAIRO