Memandangkan Universiti kita kini bergelar Research University, maka saya mencadangkan agar inovasi pembangunan mahasiswa dijalankan meliputi:

1) Pengenalan sistem CGPA bagi aktiviti pembangunan mahasiswa seumpama CGPA akademik. Sistem CGPA aktiviti pembangunan mahasiswa diharap mampu memberikan kayu ukur penglibatan mahasiswa dalam aktiviti pembangunan diri mereka di samping menggalakkan penyelidikan dalam pembangunan mahasiswa.

2) Pengenalan sistem aktiviti mahasiswa yang bersifat bertingkat mengikut tahun pengajian. Setiap tahun pengajian perlu mempunyai aktiviti yang dilihat sesuai dengan tahap pengajian mereka dan disesuaikan dengan peranan selaku pelaksana dan mentor.