Ada dataran kosong di hadapan Bangunan F54 (SPS, RMC, CTL). Dicadangkan supaya diwujudkan ruang serbaguna terbuka di situ yang dilengkapi meja dan kerusi yang selesa (sesuai untuk pelajar pascasiswazah mengulangkaji/menunggu/berehat), kiosk menjual makanan dan minuman ringan (sandwich, buah-buahan potong, packed meals dan lain-lain), beserta kemudahan wifi dan kipas (seperti di UTM IC).

Fungsi: Ruang bagi pelajar pascasiswazah berehat sementara menanti kelas seterusnya, menanti temujanji rasmi dengan pentadbir SPS, RMC, CTL dan sebagainya.

Bina sekali laluan berbumbung dari foyer F54 ke bus stop terdekat berhadapan F54 dan PHB.

Kita akan ada lebih ramai pelajar pascasiswazah, mereka perlu ada lounge. Situasi kini, pelajar berlegar-legar sekitar koridor dan foyer. Ingin beli snack/minuman pun agak jauh, terutama jika kafe PHB telah ditutup.