Saya mencadangkan supaya staf bukan akademik juga dilatih dan diberi pengetahuan tentang kaedah dan cara untuk menjadi penyelidik. Kelebihan yang boleh diperolehi adalah:
1.    Staf bukan akademik memang terlibat dengan kerja-kerja pentadbiran, pembangunan sistem dan sebagainya mengikut bidang masing-masing. Jadi mereka boleh apply pengetahuan mereka tentang penyelidikan tersebut bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi atau mencadangkan penambahbaikan kepada kerja semasa.
2.    Staf bukan akademik juga boleh menyumbang kepada universiti penyelidikan dan memberi kelebihan kepada UTM berbanding universiti lain.
3.    Staf bukan akademik juga boleh meningkatkan kepakaran dan taraf akademik mereka kearah yang lebih tinggi selaras dengan hasrat universiti untuk meningkatkan taraf pendidikan stafnya