Tidak pasti telah diwujudkan atau belum, pihak fakulti yang berkaitan mungkin boleh hasilkan satu rekacipta kepala paip khusus untuk kegunaan mengambil wuduk di masjid dan surau. Isunya, ramai muslim mengambil wuduk dengan air yang berlebihan, ini tidak digalakkan dalam Islam. Mungkin jika ada kepala paip khas untuk wuduk ini, muslim lebih berjimat dalam mengambil wuduk. Jika diaplikasikan di Masjid UTM, pasti penjimatan bil air yang banyak boleh dicapai.