Apa yang saya notis di sini setelah beberapa tahun bekhidmat di UTM adalah pengambilan/pemulangan kunci oleh staf di pejabat keselamatan dengan ruang parking kenderaan yang terhad, berhadapan pula dengan pintu gerbang utama UTM yang menjadi laluan utama untuk staf/pelajar/pengunjung masuk ke dalam kawasan UTM. Waktu pagi merupakan peak hour untuk staf mengambil kunci pejabat di pejabat keselamatan dan akan meletakkan sementara kenderaan mereka pada ruang parking yang terhad dan juga line merah putih yang tak seberapa lebar mana. Ini akan menyesakkan laluan utama tersebut dan boleh mendatangkan bahaya.

Cadangan saya adalah, mungkin kita boleh create sistem drive-thru (pandu lalu) bagi staf yang mengambil kunci tanpa perlu parking kenderaan di tepi jalan. Kita boleh scan kad matrik staf dan paparkan nama pengambil serta kunci nombor berapa harus diambil oleh staf tersebut. Lantas dapat mewujudkan peluang menang-menang antara pihak keselamatan dan juga staf.