Di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang penggunaan Bahasa Inggeris sewaktu kuliah.

Semua orang tahu Bahasa Inggeris amat penting penggunaannya, namun saya sedar bahawa lebih daripada separuh pelajar di UTM tidak mampu bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

Saya yakin dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, UTM mampu jadi antara universiti yang terbaik di dunia. Malah ia akan menjadikan pelajar UTM mempunyai kredibiliti yang tinggi apabila menamatkan pelajaran kelak.

Jadi saya berharap para pensyarah dan staf dapat menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu kuliah, paling tidakpun menggalakkan pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris sewaktu kuliah. Maklumlah, ini merupakan waktu untuk para pelajar mempelajari semua aspek.