UTM patut memulakan Budaya Bersih dan Kemas di ruang-ruang makan Kantin/Gerai. Selepas makan, semua pinggan dan mangkuk diangkat sendiri oleh pelajar/staf dan diletakkan di tempat yang disediakan. Dengan cara ini meja kelihatan kemas dan sedia untuk digunakan oleh orang lain. Budaya ini banyak dipraktikkan di IPT luar negara termasuk di Singapura. Perkara yang baik elok ditiru.