Assalamualaikum. Saya ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran supaya diwujudkan satu sistem penilaian tahap mutu pengurusan kolej kediaman serta kepuasan mahasiswa yang meliputi bidang kuasa seorang pengetua kolej,felo dan pembantu felo,kafe,dan pentadbiran am di pejabat kolej. Sistem penilaian ini tidak ubah seperti e-PPPP yang telah dilaksanakan sebelum ini. Hasil daripada penilaian yang dibuat mahasiswa akan digunapakai untuk tindakan susulan. Saya pernah berbincang dengan beberapa pegawai KPT dan urusetia program Biro Tatanegara perihal ini. Bagi sebilangan mereka berpendapat mana-mana universiti di Malaysia, ada yang menghadapi masalah pengurusan kolej kediaman. Mereka melihat cadangan ini sebagai satu yang baik untuk tingkatkan kualiti perkhidmatan kepada mahasiswa supaya tidak bias, bebas pengaruh luar & bukan untuk kepentingan peribadi. Jadi, memandangkan ada respon yang baik daripada pihak luar, jadi kenapa tidak kita yang mulakan terlebih dahulu membuat sistem seperti ini? TQ