Semua orang berfikir untuk mencantikkan atau memajukan sektor-sektor tertentu dalam UTM. Tetapi tidak semua yang boleh di sertai oleh semua peringkat untuk menaikkan nama UTM sebagai Universiti Penyelidikan. Pada 25-27  Januari lalu, saya menghadiri Singapore Robotic Games 2011 yang dianjur oleh NUS dan saya dapati semua peringkat, Professor, Dr., Pensyarah, Mahasiswa, malah sekolah dan orang luar turut menyertainya. Dan mereka telah mula manganjurkan dari tahun 1998 sehingga sekarang. Ciptaan yang dihasilkan lebih jauh dari apa yang kita boleh banggakan. Oleh itu, tidak terlalu lambat untuk kita terus menyaingi mereka dengan menganjurkannya di UTM (Malaysia). Siapa tahu, mungkin kesannya bukan sekarang, tetapi 5-10 tahun akan datang dan kesannya untuk semua peringkat masyarakat.