Selain daripada compost bin yang dicadangkan oleh Pn Normah, setiap pihak (fakulti, jabatan, pejabat, kolej, blok, bilik, individu.etc) boleh ambil inisiatif sediakan kotak2 untuk bahan buangan kitar semula. Tong kitar semula yang disediakan oleh universiti tidak berkesan kerana penyalahgunaan selain jadual kutipan yang tidak efisen.

Bahan-bahan buangan dalam kotak kitar semula yang disediakan sendiri ini boleh dikumpul oleh cleaner dan dijual oleh mereka. Selain daripada menyelamatkan bumi, kita dapat membantu cleaner mendapatkan income tambahan. Kami sudah mula, anda bila lagi? Mudah sahaja, hanya perlu sediakan 3 kotak tambahan di sebelah tong sampah sediada untuk bahan kitar semula dan gunakan sebaik mungkin. Cara ini tidak memerlukan budget atau tindakan teknikal yang rumit. Hanya perlukan inistiatif ramai dan biarkan cleaner selesaikan yang lain tanpa perlu disuruh.

Tong sampah sediada boleh dijadikan tong untuk bhn buangan organik bg tujuan composting tetapi bahagian ini memerlukan kerjasama PHB kerana memerlukan beberapa proses, tenaga kerja dan ruang bagi penghasilan baja kompos. Dengan cara ini, UTM secara signifikan dapat mengurangkan wastes yang dihasilkan di dalam kampus.