Radix Fried Chicken (RFC) di dalam UTM akan menyumbang kepada income Koperasi UTM. Boleh diberi sebahagian keuntungan kepada tabung endownment sekiranya ahli setuju.

Selaku ahli Koperasi UTM, saya memohon agar Koperasi UTM bekerjasama dengan HPA bagi mengujudkan ‘RFC in UTM’. Ini adalah produk Fried Chicken yang halal dan sihat sesuai untuk anak-anak bijak / hafiz al Quran makan ayam ala KFC.

Saya harap RFC pertama di Johor Bahru adalah di UTM. RFC sudah ada berhampiran Kluang Mall dan Mydin Mall Melaka. Pelaburan duit koperasi ini pasti menguntungkan.