Saya mencadangkan agar universiti memberikan satu biasiswa khas kepada orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai potensi dan berkaliber untuk menyambung pengajian dalam bidang perancangan bandar di UTM. Ini dapat menyumbang kepada keperluan negara dalam memastikan pembangunan bandar di Malaysia adalah sensitif kepada keperluan OKU yang mana kita sebagai golongan berupaya telah gagal sediakan sehingga kini walaupun kita mengetahuinya. Dengan adanya golongan OKU sendiri sebagai perancang bandar, saya yakin kita dapat memperbaiki keadaan sediada. Universiti juga dapat melaksanakan tanggungjawab sosialnya lantas mengharumkan nama universiti. Kita juga boleh membentuk pelajar yang telah dipilih ini sebagai pakar dalam bidang perancangan bandar dengan pengkhususan kepada keperluan OKU dan menjadikan UTM sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan dalam bidang tersebut.