Saya merupakan salah seorang pengguna setia bas UTM sejak 2 tahun lamanya.. Saban tahun saya dan rakan-rakan berhadapan dengan masalah punctuality bas pada waktu kuliah mahupun hari minggu..
Saya cadangkan mana-mana pihak yang berkenaan memasang Alat GPS untuk setiap bas mereka.. Dengan itu, maklumat kedudukan bas dapat dilihat terus oleh pelajar menerusi internet.
Dengan adanya sistem GPS ini, diharap dapat menjimatkan masa menunggu dan tidak perlu menunggu terlalu lama lebih-lebih lagi pada hujung minggu dan ini dapat merancang masa bagi penumpang sebaik mungkin.