Seperti yang kita ketahui, antara punca utama kemalangan maut di negara kita adalah disebabkan ‘MENGANTUK‘ ketika memandu. Banyak tragediĀ menyayat hati yang tidak enak didengar sejak kebelakangan ini. Kenapa perkara ini banyak terjadi di negara kita dan bukan di negara luar? Adakah faktor cuaca menjadi penyebab mengantuk?
Cuba bayangkan jikalau seseorang pemandu yang hilang konsentrasi dengan keadaan sekeliling mulai terlelap semasa membawa kenderaan, tidakkah ini membawa malapetaka besar kepada kenderaan lain? Dan kalaulah terjadi pada pemandu bas atau kenderaan berat yang lain bagaimana pula jadinya.
Saya ada sedikit idea. Mungkin ‘APLIKASI WARNA’ dapat membantu untuk mengelakkan masalah MENGANTUK. Kalau pelajar biasa membuat nota-nota ringkas, mereka gemar untuk menggunakan HIGHLIGHTER yang berwarna-warni untuk nota atau peta minda dan jarang menggunakan pen yang satu-satu warna sahaja. Ini untuk mengelakkan dari rasa bosan. Rasa bosan tersebut akan membuatkan HILANG TUMPUAN dan seterusnya MENGANTUK. Perkara ni sama konsepnya dengan masalah mengantuk dikalangan pemandu kita.
“BILA DAH RASA BOSAN mulalah HILANG TUMPUAN dan seterusnya MENGANTUK lalu terjadilah KEMALANGAN”
Mungkin kita perlu sedikit PERUBAHAN terhadap kenderaan di negara kita. Kalau di tempat-tempat bergurun luar negara yang perjalanan jalan lurusnya terlalu panjang, kereta mereka dilengkapi sistem ‘autopilot‘ yang mana dapat mengawal halaju kenderaan tanpa perlu penat menekan pedal minyak. Dan mungkin ini salah satu cara mereka mengelakkan KEBOSANAN.
Tapi untuk negara kita, kita mungkin perlukan “CERMIN KERETA YANG BOLEH BERUBAH WARNA” pada kenderaan. Ianya semudah menekan satu-satu butang dan seterusnya cermin kenderaan di sekeliling kenderaan bertukar kepada warna kegemaran. Aplikasi bendalir 3 warna asas diperlukan (seperti dakwat printer) selain cermin kenderaan yang berongga dipasang di setiap penjuru kereta. Prosesnya cukup mudah, ia bermula apabila bendalir warna (dengan warna pilihan kita diproses) memasuki ruang berongga antara cermin dan ini mewujudkan keadaan CERMIN BERWARNA. Fungsinya sama seperti cermin ‘tinted’ tapi tidak perlukan kita untuk menghantar kenderaan ke bengkel-bangkel. Cukup untuk memodifikasi cermin kenderaan dalam beberapa saat sahaja. Mungkin bendalir pewarna ini boleh dipelbagaikan fungsinya selain dapat mewarnakan cermin kenderaan dan mungkin juga boleh berfungsi sebagai penyerap haba panas dan pelikat kaca apabila kemalangan berlaku supaya kaca tidak berterbangan dan mencederakan pemandu.
Mungkin utk prototype ni kita boleh membuat kerjasama dengan pihak Proton atau Perodua untuk diuji keberkesanan konsep ni.
Kepada yang kurang berkemampuan pula, mungkin konsep warna ini boleh digunakan dalam penggunaan kaca mata berwarna. Dan bila mengantuk semasa memandu gunalah kaca mata berwarna tersebut. Pasti tidak begitu mengantuk.
Sekian.