Berikutan daripada saranan YBhg. Datuk Naib Canselor untuk semua staf mengamalkan gaya hidup sihat, saya mencadangkan supaya staf yang tidak mengambil cuti sakit sepanjang setahun perkhidmatan bermula 1 Januari setiap tahun diberikan sijil penghargaan. Ini dapat memberikan motivasi kepada staf-staf yang lain supaya sentiasa mempraktikkan amalan gaya hidup sihat.