Program ini membuka ruang kepada pelajar UTM untuk menyumbang satu kenangan manis yang bersifat amal jariah jangka panjang sebelum bergraduat. Dengan pemantauan dan kerjasama daripada Pejabat Harta Bina (PHB) dan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni (HEMA), pelajar (dalam kumpulan) ditawarkan untuk berbakti kepada UTM dalam bentuk mengecat dinding dalam bilik kediaman di kolej-kolej yang sudah uzur dan juga melukis mural dengan tema kelestarian alam. Program ini dapat menjimatkan kos upah mengecat bilik kediaman pelajar di kolej, memupuk semangat cintakan kampus UTM, semangat kesukarelawanan, dan kepimpinan dalam gerak kerja berkumpulan. PHB bersedia untuk membekalkan cat dan berus serta mengawal selia kerja-kerja mengecat dan melukis mural yang dilakukan sewaktu cuti semester pangajian.

DSC_9523