Terdapat penyedia perkhidmatan makanan di UTM yang tidak mampu membayar sewa sekiranya ditempatkan di lokasi yang jauh seperti Kafeteria Kolej 11.

Cadangan saya, dilaksanakan konsep “bidding” (tawaran harga tertinggi) bagi lokasi yang amat strategik (Arked Meranti) dan meminta pengusaha yang sama memberikan perkhidmatan di lokasi yang tidak strategik tanpa bayaran sewa (kolej 11), di mana akhirnya jumlah kutipan sewa premis makanan berkemungkinan akan lebih tinggi daripada nilai sekarang.