Bersesuaian dengan tagline baru UTM yang menekankan budaya inovatif, Pusat Inovasi Pelajar (CSI) telah disediakan untuk menjadi tempat percambahan idea inovatif daripada pelajar khususnya.

Untuk menghasilkan idea yang inovatif, persekitaran dapat memainkan peranan penting untuk mewujudkan suasana positif dalam percambahan idea. Oleh itu, adalah sesuai pusat-pusat sebegini (samada di CSI ataupun pusat inovasi pelajar di fakulti sendiri) mempunyai ruang kerja yang kondusif dan reka letak perabot yang kreatif dengan warna yang bersesuaian dan poster-poster positif yang boleh menambahkan motivasi pelajar dan memberi keselesaan kepada mereka bagi menyiapkan hasil kerja yang inovatif.