“Motivational pills” adalah satu cara perskripsi dalam bentuk pesanan atau “quotes” yang boleh diaplikasikan sebagai “push factor” untuk mengubat jiwa, meningkatkan motivasi dan kesedaran penerima.
Dengan peredaran zaman dan kecanggihan teknologi ICT pada masa kini, “motivational pills” boleh dihantar menerusi SMS dan email mailing list kepada komuniti UTM, terutamanya kepada staf dan pelajar.
“Pills” yang dihantar boleh mencakupi pesanan mudah tetapi berkesan (simple but significant) seperti peringatan ringan (fresh reminder), kata-kata hikmah (wisdom), petikan ayat al-Quran dan al-Hadis, dan sebagainya yang bersesuaiam dalam konteks budaya ilmu di UTM, green office, healthy living, smile campaign dan sustainable campus.