LATEST IDEAS
Tag Line Baru UTM
Tahniah UTM dapat tag line baru yang Y. Bhg. Dato' Naib Canselor umumkan dalam Amanat Tahun Baru 2012. Selaras dengan tag line baru ini - Innovative . Entrepreneurial . Global, tindakan segera juga perlu diambil untuk tukar tag line lama di tembok pintu masuk utama...
Jadual Masa yang Sistematik
Pengalaman hidup saya sebagai pelajar selama lebih 6 tahun di USA mendapati sistem jadual waktu yang sistematik telah membuatkan pelajar mudah merancang jadual kuliah mereka pada satu-satu semester dan mereka boleh mengetahui jadual final exam di awal semester lagi....
Pengwujudan Unit CSR Universiti
Perlu diwujudkan satu unit CSR (corporate social responsibilities) untuk universiti bagi berkhidmat kepada masyarat setelah mendapat status RU. Ianya bertujuan untuk a) meningkatkan imej korporat universiti - walaupun telah bergelar RU, tetapi tidak membelakangkan...
Peralatan ‘Energy Saving’
Dicadangkan supaya diperluaskan penggunaan peralatan yang berkonsepkan " Save Energy" seperti mentol dan juga lampu-lampu kerana ianya dapat menjimatkan penggunaan elektrik.
Potongan Gaji ke Tabung Endowment UTM
Saya ingin mencadangkan skim potongan gaji bagi menampung keperluan Tabung Endowment UTM. Sebagai Staf UTM, apakah sumbangan kita selama ini kepada UTM dalam menaikkan imej Universiti? Saya rasa kita boleh menyumbang melalui potongan gaji. Sikit-sikit, lama-lama jadi...
Organisasi di Fakulti
Assalamualaikum Oleh kerana penyelidikan dan pascasiswazah telah menjadi satu agenda penting Universiti, dicadangkan supaya diwujudkan satu lagi timbalan dekan yang akan menguruskan hal ehwal penyelidikan dan pascasiswazah di semua fakulti, seperti yang diamalkan di...
Membuka Satu Lagi Hadanah UTM
Saya mencadangkan agar pihak Universiti membuka satu lagi Hadanah UTM. Ini dapat dilakukan dengan mengambil blok Rumah Desa Bakti yang telah diubahsuai (di Lorong Bakti 3, berdekatan dengan Tasik Ilmu) untuk dijadikan Hadanah. Ini akan memudahkan staf UTM untuk...
Digital Board Elektronik
Terdapat ruang yang agak luas di belakang stadium UTM. Dicadangkan dibina satu digital board elektronik yang besar bagi memaparkan pelbagai maklumat berkaitan UTM khasnya. Selain itu, board ini juga boleh digunakan oleh pihak luar bagi tujuan pengiklanan. UTM boleh...
Penggunaan Kuasa Solar
Saya ingin mencadangkan agar bangunan, lampu-lampu jalan dan makmal-makmal yang beroperasi 24 jam menggunakan tenaga yang dibekalkan dengan menggunakan kuasa solar. Ini bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan kuasa elektrik dan sekaligus dapat...
Pesta Sukan Rakyat
Assalamualaikum wmt.wbt. dan Salam 1Malaysia, Bagi menghargai budaya tradisional agar tidak dilupakan begitu sahaja terutamanya oleh para pelajar yang merupakan generasi baru yang sentiasa didedahkan dengan idea dan teknologi terkini, saya mencadangkan agar dianjurkan...
Pindahkan Sekolah Agama demi Keselamatan
Salam, dicadangkan agar sekolah agama yang berada di dalam Universiti dipindah dan dibina di suatu lokasi yang lebih sesuai. Tanah terbiar di kawasan perumahan kakitangan Desa Bakti (antara Bakti 1 dan Bakti 2) dirasakan sesuai. Lokasi tersebut menjadi tempat buangan...
Mesin ATM dan Deposit BIMB
Saya ingin mencadangkan agar kedudukan mesin ATM dan Deposit BIMB yang ketika ini ditempatkan di aras bawah Masjid Sultan Ismail dipindahkan ke lokasi yang lebih strategik supaya ianya lebih mudah dilihat dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna khususnya...
Bengkel Autonomi 2012
Semenjak diumumkan sebagai RU berautonomi pada 8 Jan 2012, beberapa IPTA telah dan merancang untuk melawat UTM dan berkongsi pengalaman untuk audit autonomi. Dicadangkan UTM membuat Seminar Autonomi peringkat kebangsaan/antarabangsa supaya selain dapat berkongsi idea...
Stesen Petronas NGV
Saya berpendapat sebuah stesen petronas NGV berdekatan UTM Skudai dapat menjana pendapatan UTM selain menggalakkan staf UTM memilih dan menggunakan NGV sebagai bahan bakar alternatif untuk kenderaan mereka. Penambahan kenderaan yang menggunakan NGV dapat mengurangkan...
Portal Repositori Penerbitan UTM
Saya mencadangkan supaya pihak Universiti mewujudkan satu portal repositori khusus untuk penerbitan tahun semasa penyelidik UTM bagi kategori penerbitan berikut:- indexed journals, non-indexed journal, scopus, conference papers, book chapters, articles etc. Sebagai...
HAVE SOMETHING ON YOUR MIND?
SUBMIT YOUR IDEA!
click on below button to fill in the idea form